Balai Cerap Planetarium Negara

Latarbelakang

Balai Cerap Planeterium Negara

Balai Cerap Planetarium Negara terletak di kawasan Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur dengan koordinat geografi 3° 9' Lintang Utara dan 101° 41' Bujur Timur di ketinggian 112 meter dari aras laut. Instrumen utama di dalam kubah yang boleh berpusing 360° ini adalah teleskop Celestron C-14 (35cm) yang ditempatkan di atas sebuah tapak khatulistiwa robotik berkomputer ME Paramount.

Planetarium Negara

Fungsi utama Balai Cerap Planetarium Negara adalah untuk pendidikan astronomi dan astrofizik di peringkat institusi pengajian tinggi, sekolah dan orang awam. Bidang-bidang penyelidikan astronomi seperti fotometri, spektroskopi, astrometri, pengimejan CCD, astrofotografi dan pencerapan Matahari juga dapat dilakukan di balai cerap ini tetapi ianya sangat bergantung kepada keadaan cuaca di Kuala Lumpur . Juga dilengkapi dengan stesen cuaca yang automatik, pengesan awan dan hujan serta kamera untuk memantau cuaca di sekitar balai cerap. Keseluruhan sistem beroperasi automatik sepenuhnya.

 

Kubah

  • Saduran berganda, panel dalaman dilapis dengan gentian kaca dan bahagian luaran disalut dengan nikel

  • Berbentuk hemisfera dengan diameter 5m dengan kawalan secara automatik

Teleskop Utama

  • Celestron C-14, rekaan optik: Schmidt-Cassegrain

Teleskop Sekunder

  • Takahashi FS-102NSV, Fluorite Apochromat Doublet

Tapak Teleskop

  • Software Bisque Paramount ME- Advanced German Equatorial Robotic Mounting

Kamera CCD Utama

  • SBIG ST-9XE – Self-guiding imaging camera


Maklumat lanjut, sila hubungi


Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Planetarium Negara
53, Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +603 22734303
Faks: +603 22735488
Email: lau@angkasa.gov.my